Adakah Brunei cuma terkenal dengan hasil minyak dan istana indah?

Negara Brunei Darussalam terletak di utara kawasan pantai Borneo. Brunei bersempadan dengan Indonesia dan Malaysia. Brunei memang terkenal di seluruh dunia dengan istana yang begitu luas sekali di mana Sultan Brunei yang tidak kurang terkenalnya mendiami bangunan yang tersergam indah ini. Brunei juga terkenal dengan hasil minyak yang melimpah-ruah. Sekiranya anda mengunjungi Brunei anda pasti akan dapat melihat pelbagai tempat yang menarik dan juga melakukan pelbagai aktiviti di negara yang kecil ini. Sudah pasti Brunei mempunyai daya tarikan yang berbagai-bagai selain daripada istana-istana yang indah dan hasil minyak yang begitu banyak.

Anda akan dapat melihat adat dunia Melayu tradisional yang begitu kaya dengan pelbagai seni warisan apabila anda pergi ke Brunei yang secara amnya mempunyai majoriti penduduk Melayu. Adat Melayu lama ini memang sudah sebati di dalam kehidupan masyarakat Brunei. Sistem Melayu Islam Beraja di Brunei merupakan gabungan adat Melayu dan ajaran Islam yang begitu unik sekali. Penduduk kaum pribumi, Cina dan India di Brunei juga memberikan Brunei kepelbagaian budaya yang begitu kaya sekali.

Bandar Seri Begawan yang merupakan ibu negara Brunei mempunyai banyak bangunan indah yang bersejarah yang boleh anda kunjungi. Selain daripada istana yang indah Brunei juga mempunyai muzium-muzium yang mempamerkan warisan sejarah negara yang begitu kaya sekali. Muzium yang terkenal di Brunei ialah Musium Alat Kebesaran Diraja. Galeri muzium yang begitu menawan ini pasti akan mempesonakan anda sebaik sahaja anda memasuki kawasan ini. Kubah musium yang penuh dengan marmar mozek juga akan menarik perhatian anda. Muzium yang menarik ini mempamerkan alat kebesaran Sultan Brunei kepada pelawat. Anda berpeluang untuk melihat kereta kuda diraja dan mahkota diraja yang juga dipamerkan di sini.

Muzium,Brunei

Muzium,Brunei

Selain daripada muzium ini, anda juga patut pergi ke Masjid Sultan Ali Saifuddin. Masjid ini dinamakan sempena nama ayahanda Sultan Brunei. Masjid ini boleh dikatakan sebagai masjid yang tercantik sekali di seluruh Asia Tenggara. Anda boleh melihat marmar Itali meliputi seluruh lantai masjid, karpet bercorak indah dari Arab Saudi dan Belgium serta kubah emas yang dibina dari batu mozek Venice. Anda tidak patut melepaskan peluang untuk mengunjungi masjid ini apabila anda melawat Brunei.

Masjid Sultan Ali Saifuddin,Brunei

Masjid Sultan Ali Saifuddin,Brunei

Anda juga boleh mengunjungi Kampung Ayer yang meliputi Sungai Brunei. Rumah-rumah di Kampung Ayer di bina di atas air dan setiap rumah dihubungkan melalui laluan jalan berkayu. Pengembara Eropah yang mula-mula sampai ke Brunei menamakan kampung yang istimewa sebagai Venice di timur. Kampung Ayer juga terkenal dengan perkhidmatan teksi air yang seringkali digunakan oleh penduduk kampung untuk mengangkut barangan serta bergerak di sekitar kawasan kampung. Anda memang harus menaiki teksi air ini apabila anda berada di Kampung Ayer. Ia memang satu pengalaman yang menarik.

Kampung Ayer, Brunei.

Kampung Ayer, Brunei.

Brunei juga mempunyai pantai bersih serta hutan hujan semulajadi yang belum dicemari. Para pencinta alam pasti akan suka akan suasana ini. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti ketika menjelajahi persekitaran semulajadi Brunei. Pantai Meragang berdekatan dengan Muara mempunyai kawasan tepi pantai yang indah dan aman di mana anda boleh berjalan dan menikmati suasana di sini. Alamilah detik matahari terbenam di tepi pantai dan bunyi ombak dari laut tanpa apa-apa gangguan. Anda juga boleh meneroka kawasan hutan lebat di Taman Negara Ulu Temburong dan melihat keadaan di tempat yang terpencil ini. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan hidupan liar menarik menanti kedatangan anda.

 

Anda pasti mendapati bahawa walaupun Brunei adalah agak kecil, anda boleh melihat pelbagai tempat dan melakukan banyak aktiviti di sini selain daripada melihat istana-istana indah dan mengetahui tentang hasil minyak negara ini. Anda pasti akan dapat melihat banyak benda lagi di Brunei apabila anda berkunjung di sini. Anda sudah tentu akan kembali dengan perasaan kagum terhadap negara kecil di kepulauan Borneo ini.

About cuti fan

Hi, We are a team of fun loving people wanting to provide you with a great holiday in Sabah and Sarawak and beyond. Come chat with us! Cuti Fan

2 Comments

  1. Hi,
    Saya dan keluarga (suami & 3 anak) berminat utk bercuti ke Brunei…boleh dptkan info tempat-tempat yg menarik dan harga package selama 3 hari 2 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check your Maths IQ: *