Borneo House Museum – Muzium Interaktif 3D Pertama di Kuching, Sarawak

Kerajaan Sarawak telah mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah muzium interaktif 3D tersendiri di Kuching agar tidak ketinggalan dengan arus kemodenan dari segi hiburan dan pendidikan secara interaktif. Muzium The Borneo House yang berunsurkan interaktif 3D kini dibuka kepada orang ramai menjadi tempat yang sesuai untuk dikunjungi terutamanya seisi keluarga dengan keunikan tersendiri dalam mengenali serba sedikit tentang sejarah Bumi Kenyalang. Terletak di No. 1, Jalan Batu 6-7 Penrissen, 93250 Kuching, Muzium The Borneo House mengambil masa kira-kira 25 minit perjalanan menaiki kereta dari pusat bandar Kuching, 8 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dan 5 minit dari Kuching Sentral. Muzium The Borneo House (BHM) adalah sebuah muzium pendidikan yang berunsurkan interaktif 3D dan menampilkan keunikan budaya yang terdapat di negeri ini. Dengan keluasan lantai lebih daripada 12,500 kaki persegi, muzium ini mempamerkan keindahan alam semula jadi, budaya, warisan serta kehidupan seharian rakyat Sarawak.

Bangunan The Borneo House

Gambar dari laman Facebook The Borneo House Museum

Menurut Penyelia Muzium The Borneo House, Chai Mingtze, muzium tersebut mula dibuka pada 20 November 2016. Katanya, lebih 10,000 orang telah berkunjung ke situ bagi melihat keistimewaan muzium berinteraktif itu. Muzium The Borneo House turut menyediakan perkhidmatan pembantu yang boleh berbahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan dialek-dalek lain.

Gambar dari laman Facebook The Borneo House Museum

Pameran interaktif 3D yang disediakan di muzium ini seolah-olah menghidupkan gambaran kehidupan seharian, budaya, warisan dan makanan Sarawak dan menetapkan pentas untuk berjalan-jalan di tengah-tengah Sarawak dan Borneo. Muzium ini mempunyai 4 zon iaitu: (1) Sarawak’s Nature, (2) Old Sarawak (3) Sarawak Today, dan (4) Sarawak Iconic Food.

Gambar dari laman Facebook The Borneo House Museum

“Setiap satu hasil seni dipamerkan memberi maklumat yang terperinci. Contohnya di ruang Zon Sarawak Lama, terdapat pejabat Raja Ketiga dan terakhir, Sir Charles Vyner Brooke dengan meja, mesin taip dan telefon antik pada zaman itu,” jelas Chai Mingtze, semasa ditemuramah oleh pihak media.

Harga tiket adalah seperti berikut:

Pelancong antarabangsa
Dewasa RM29
Kanak-kanak (3-12), Pelajar, Warga Emas (60 ke atas) RM25
Kanak-kanak (di bawah umur 3 tahun yang diiringi orang dewasa) Percuma

 

Warganegara Malaysia
Dewasa RM19
Kanak-kanak (3-12), Pelajar, Warga Emas (60 ke atas) RM15
Kanak-kanak (di bawah umur 3 tahun yang diiringi orang dewasa) Percuma

Muzium ini dibuka setiap hari mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang.

 

Gambar dari laman Facebook The Borneo House Museum

Menurut pemilik, Chai Foh Chin, kesemua lukisan yang dipamerkan merupakan gabungan hasil tangan yang terpilih dilukis oleh anak seni Sarawak dan digantung di dinding sebagai sisipan sejarah. Setiap karya seni tersebut membawa jalan cerita tersendiri untuk membuat lawatan anda menarik, bermanfaat dan berpendidikan.

Gambar dari laman Facebook The Borneo House Museum

Di muzium ini, para pengunjung boleh mencungkil bakat tersembunyi mereka untuk menjadi pelakon, pengarah dan jurugambar. Have fun!

About cuti fan

Hi, We are a team of fun loving people wanting to provide you with a great holiday in Sabah and Sarawak and beyond. Come chat with us! Cuti Fan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check your Maths IQ: *