Jambatan Darul Hana produk pelancongan terbaru di Kuching

Sarawak Bumi Kenyalang, semakin bersinar setelah rasminya Jambatan Darul Hana dibuka kepada orang ramai.

Photo credit to Jambatan Darul Hana Facebook

Apakah itu Jambatan Darul Hana?

Jambatan Darul Hana merupakan mercu tanda baharu di Tebingan Kuching menjadi lebih istimewa kerana telah dirasmikan pada 11 November 2017 dan tepat pada jam 11.11.11 malam.

Lihat video di sini:

Jambatan tersebut menyatukan kekayaan budaya masyarakat di utara Kuching dan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di selatan Kuching sekali gus menjadi pelengkap keindahan bandar raya ini.

Nama Darul Hana yang bermaksud tempat atau kawasan kediaman yang aman dan harmoni, dipilih bagi melambangkan kepelbagaian budaya dan keunikan Kuching yang diiktiraf sebagai Bandar Raya Perpaduan.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yakin ia akan melonjakkan nama Kuching dan menyerlahkan perwatakannya sebagai bandar raya yang mesra dengan rasminya Jambatan Darul Hana itu.

Jambatan pejalan kaki yang menghubungkan Kuching Utara dan Kuching Selatan itu memiliki reka bentuk istimewa dengan elemen tradisi dan moden, termasuk dua tiang yang mempunyai simbol burung kenyalang.

Ini menunjukkan lambang Sarawak, di mana rakyat berbilang kaum dan budaya hidup bersatu padu. Jambatan ini juga akan menjadi ‘Halaman Heritage Trail’ kepada pengunjung- pnegunjung dari luar Negara.

Jambatan yang menelan kos RM35 juta itu, berbentuk bengkok ‘S’ dengan lantai sepanjang 335 meter, disokong oleh dua kabel setinggi 45 meter dari menara keluli dengan kecondongan 48 darjah merentangi Sungai Sarawak.

Kedudukannya yang berlatarkan bangunan Astana Negeri dan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pastinya akan menghasilkan gambaran yang cantik untuk anda mengabdikan momen menarik di kawasan ikonik Kuching itu.

Berjalan dan bergambar di Jambatan Darul Hana ini bolehlah ditambah ke bucketlist melancong anda. Marilah ke Kuching untuk menyaksikan keindahan jambatan ini sendiri!

Sila layari SarawakBorneoTour.com untuk pakej-pakej menarik ke Sarawak.

About cuti fan

Hi, We are a team of fun loving people wanting to provide you with a great holiday in Sabah and Sarawak and beyond. Come chat with us! Cuti Fan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check your Maths IQ: *