Malindo Air Kuala Lumpur ke Kuching

Chinese Translation: Click here

.

.

Malindo Air adalah merupakan servis pegangkutan udara yang baru di Malaysia dengan cogan katanya ‘Not Just Low Cost’. Perbandingannya adalah tidak jauh beza antara kos rendah penerbangan pengangkutan AirAsia dengan pengangkutan udara Malaysia Airlines. Pengangkutan udara Malindo Air telah memberikan saya peluang untuk mencubanya. Dengan harga promosi tiket hanya RM38, saya telah mengambil penerbangan yang kedua pada hari ini iaitu dari Kuala Lumpur KUL ke Kuching KCH.
Pada mulanya, Malindo Air cuma membuka penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Hari ini mereka telah memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur-Kuching. Pengangkutan udara Malindo Air menggunakan kapal terbang model Boeing 737-900ER yang merupakan model terbaru. Walaupun masih baru selepas pengumumannya 19 bulan yang lalu, pengangkutan udara Malindo Air sebenarnya boleh dikatakan agak memuaskan.
Kami bersiap-sedia untuk berjalan. Kakitangan Malindo Air menghulurkan bantuan sebab mesin tiket tak berfungsi.
DSC01353.jpg
.
.
Kalau mesin itu berfungsi, sudah pasti kami tidak perlu tunggu lama.
DSC01356.jpg
.
.
Kami telah mengambil penerbangan yang kedua pada hari itu iaitu dari Kuala Lumpur – Kuching. Penerbangan yang pertama terlalu awal untuk saya.
DSC01360.jpg
.
.
Sekarang ini tengah menunggu. Cara pemakaian pramugari yang baru mendarat dari penerbangan Kuching – Kuala Lumpur,  potongan skirt terlalu tinggi.
DSC01365.jpg
.
.
Tempat duduk kelas bisnes-nampak sangat lembut dan selesa.
DSC01367.jpg
.
.
Tempat duduk bukan sahaja sangat lembut dan selesa, malah ianya lebih baik lagi dari MAS mahupun AirAsia.
DSC01370.jpg
.
.
Para penumpang masih lagi mengambil tempat duduk masing-masing. Kabin kapal terbang masih lagi mempunyai bau plastic.
DSC01384.jpg
.
.
Tempat duduk di belakang yang masih kekosongan. Adakah kemungkinannya para pelatih yang baru keliru dengan tempat duduk yang ada?
DSC01374.jpg
.
.
Alat hiburan yang dijadikan buah mulut para penumpang – agak canggih sebenarnya.
DSC01385.jpg
.
.
Tempat duduk pun mempunyai ruang yang cukup untuk kaki. Taklah sempit sangat dan merupakan yang terbaik setakat ini.
DSC01422.jpg
.
.
Akhirnya, perjalanan kami pun bermula.
DSC01387.jpg
.
.
Para penumpang semuanya nampak sangat selesa. Tempat duduk saya ialah nombor 20A.
DSC01391.jpg
.
.
Berangkat ke kawasan perlepasan nombor 32R.
DSC01401.jpg
.
.
Demonstrasi keselamatan yang baik.
DSC01406.jpg
.
.
Pemandangan di luar.
DSC01408.jpg
.
.
Sekarang ini berada di jalan 32 R dan bersedia untuk berlepas.
DSC01412.jpg
.
.
Sekarang ini tengah naik.
DSC01420.jpg
.
.
Sayap kapal terbang yang kelihatan sangat kilat. Masih lagi naik ke paras 29,000 kaki.
DSC01424.jpg
.
.
Kelihatan tanda anak panah yang besar di tepi sayap.
DSC01433.jpg
.
.
Alat hiburan penerbangan pun kelihatan kemas. Sesuai untuk penerbangan yang pendek.
DSC01443.jpg
.
.
Penggunaannya pun tidaklah susah sangat mahupun terlalu ketinggalan zaman.
DSC01439.jpg
.
.
Rancangan TV yang tertera.
DSC01437.jpg
.
.
Lagu Adele yang masih hangat dan diminati orang ramai.
DSC01438.jpg
.
.
Gambar seterusnya menunjukkan jenis fungsi lubang yang ada. Di sebelah kiri sememangnya digunakan untuk 3.5mm set Headphone, yang di tengah adalah mungkin lubang untuk alat kawalan Gamepad, dan yang seterusnya ialah untuk wayar USB.
DSC01386.jpg
.
.
Makanan snek turut dihidangkan.
DSC01447.jpg
.
.
Dengan harga RM38, sememangnya makanan pun tak banyak.
DSC01454.jpg
.
.
Peralatan yang ada di dalam kapal terbang.
DSC01470.jpg
.
.
Kelihatan sebuah lagi kapal terbang yang baru berlepas dari sekitar kawasan Laut Cina Selatan.
DSC01459.jpg
.
.
Informasi yang menunjukkan jarak jauh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuching.
DSC01463.jpg
.
.
Kapal terbang sekarang ini sedang menurunkan ketinggiannya dengan secara mendadak.
DSC01464.jpg
.
.
Akan mendarat sebentar lagi di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching nombor 07.
DSC01474.jpg
.
.
 Akhirnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
DSC01476.jpg
.
.
Malindo Air telah memberikan servis yang terbaik untuk setakat ini. Tidak hairanlah yang Malindo Air akan menjadi saingan utama kepada MAS dengan AirAsia. Cuaca yang baik pada tengah hari itu di Kuching.
DSC01483.jpg
 Malindo Air, selamat tinggal untuk setakat ini. Kita akan berjumpa lagi pada keesokan harinya dalam penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
.
.
Video 1: Ini adalah merupakan gambar yang telah diambil ketika dalam penerbangan pada 24 Mac 2013.
.
.
Video 2: Nombor penerbangan ialah OD1608 pada 23 Mac 2013. Ianya ada dalam HD. Dipersilakan untuk lihat video ini. Sekian, terima kasih!
.
.
Video3: Penerbangan  video balik ke Kuala Lumpur, OD1621 pada 24 Mac 2013.
.
.

About cuti fan

Hi, We are a team of fun loving people wanting to provide you with a great holiday in Sabah and Sarawak and beyond. Come chat with us! Cuti Fan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check your Maths IQ: *