Marathon Run Kuching, Produk Pelancongan Sukan Terkini di Kuching, Sarawak

Apakah itu Pelancongan Sukan (Sports Tourism)?

Pelancongan sukan merujuk kepada perjalanan ke sesuatu destinasi yang melibatkan sama ada melihat atau mengambil bahagian dalam acara sukan yang dianjurkan di tempat tersebut, dan larian maraton adalah salah satu contoh pelancongan sukan.

Setiap tahun, berjuta-juta pelancong melawat ke ‘Bumi Kenyalang’ untuk menerokai negeri ini. Menurut statistik dari Kementerian Pelancongan di Sarawak, bacaan sebanyak 3.27 juta pelancong asing dan juga domestik telah dicatat untuk negeri ini pada tahun 2010 dan jumlahnya kemudian meningkat kepada 4.86 juta orang pada tahun 2014. Dilaporkan bahawa lebih daripada 8,000 orang tempatan dan pelancong asing telah mengambil bahagian dalam maraton tahun lepas, 2015. Sarawak mendapat sambutan yang hebat setiap kali menganjurkan acara larian maraton.

Kuching Marathon 2017 starting line at Padang Merdeka

Kuching Marathon kali ini sekali lagi berjaya mengumpul pelari profesional dari seluruh dunia. Dijangka lebih daripada 10,000 pelari telah mengambil bahagian dalam maraton tahun ini (KM2017) yang berlangsung pada 13 Ogos 2017 lepas di Padang Merdeka. Pelari dari luar negara seperti Singapura, Afrika, Brunei, dan Indonesia turut menyertai pelari Malaysia untuk maraton ini. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menjadikan Sarawak sebagai destinasi sukan, dan juga untuk menambahkan lagi kepelbagaian kepada industri pelancongan di negeri ini.

Kuching Marathon 2017

Terdapat beberapa manfaat acara ini menyumbang kepada pelancongan di Sarawak:

Manfaat yang pertama adalah untuk menaikkan nama Sarawak di mata dunia. Seperti yang dinyatakan di atas, maraton ini bukan sahaja disertai oleh warga Malaysia sendiri tetapi juga orang dari luar negara. Ini secara semula jadi akan menarik minat orang ramai untuk menyaksikan acara ini. Sesetengah daripada mereka akan membuka gerai makanan untuk mendapatkan pendapatan sampingan dari acara itu, contohnya, Festival Makanan di Kuching.

Kuching Marathon 2017

Manfaat yang kedua pula adalah pelari boleh meningkatkan kesihatan, metabolisme dan stamina mereka selepas menyertai acara tersebut. Selain itu, para peserta semestinya akan merasa rasa bangga dengan pencapaian mereka kerana telah berjaya menamatkan larian maraton. Ini juga akan meningkatkan tahap keyakinan mereka sekaligus akan mendorong mereka untuk menyertai acara larian maraton ini sekali lagi pada tahun akan datang.

Kuching Marathon 2017

Selain itu, acara ini juga boleh memberi peluang kepada warga tempatan untuk berhibur dan bersosial. Acara ini boleh dilihat sebagai peluang untuk mereka berkenalan dan beramah mesra dengan pelari antarabangsa kerana berkongsi minat yang sama dalam menyertai maraton. Secara tidak langsung kedua-dua pihak dapat mengenali perbezaan budaya masing-masing dengan lebih banyak dan belajar mengenainya.

Kuching Marathon 2017

Tambahan pula, ia juga menguatkan nilai budaya dan tradisi tempatan. Semasa hari perasmian Festival Makanan Kuching, terdapat persembahan dari artis tempatan dari Malaysia, dan juga artis dari luar Malaysia seperti Korea. Para artis dapat mempamerkan nilai dan tradisi budaya negara mereka dengan bangga melalui persembahan mereka.

Kuching Marathon 2017

Akhirnya, acara ini dapat membina identiti negeri Sarawak. Selain di Kuching, larian maraton juga telah diadakan di Miri pada bulan Mac 2017 yang lepas. Acara larian maraton ini boleh menyumbang kepada identiti sukan Sarawak sebagai sebahagian daripada pelancongan kerana acara ini diadakan setiap tahun dan mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai.

Kuching Marathon 2017

Jadi, sekiranya anda seorang pelari atau meminati larian maraton, marilah sertai acara larian maraton kami pada masa yang akan datang. Setelah selesai acara larian maraton, anda boleh mengambil kesempatan untuk bercuti-cuti di seluruh Sarawak.

Untuk pakej-pakej pelancongan ke Sarawak, sila rujuk di SarawakBorneoTour.com.

About cuti fan

Hi, We are a team of fun loving people wanting to provide you with a great holiday in Sabah and Sarawak and beyond. Come chat with us! Cuti Fan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check your Maths IQ: *