Taman Negara Pahang
Cutiborneo2@yahoo.com
Taman Negara merupakan Taman Kebangsaan yang tertua di Semenanjung Malaysia. Terdapat dua kemudahan yang dihubungkan ke tempat tersebut iaitu menggunakan bot atau melalui jalan raya. Perjalanan harian menggunakan jalan raya yang disediakan oleh Hotel 5 Element ialah bertolak pada pukul 8.30 pagi. Terdapat banyak pilihan pengangkutan yang disediakan ke Taman Negara iaitu dari pakej “budget” sehingga “Deluxe”.
Ringkasan Perjalanan saya ke Taman Negara Pahang ialah:
1.“Canopy walk” – perjalanan kanopi yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.
2. Menerokai Hutan Hujan Tropika – Hutan hujan tropika yang tertua di Semenanjung Malaysia.
3. Melawat Penduduk Asli – Penempatan Orang Asli
4. Aktiviti waktu malam- Melihat haiwan, serangga dan ular.
5. Air Terjun- Menikmati tengahari anda di air terjun yang menarik.
Bagi sesiapa yang ingin ke Taman Negara ini,peringatan untuk barang yang perlu dibawa ialah Ubat menghalau serangga, baju mandi yang sesuai, lampu suluh, kasut yang sesuai dan losyen badan.
HARI 1: KUALA LUMPUR – TAMAN NEGARA
Kami berangkat pada pukul 8.30 pagi dari Hotel 5 Element,China Town. Pagi ini,kami singgah di Bandar Jerangut untuk menikmati makan tengahari. Selepas itu,kami berangkat menuju ke Taman Negara dan bermalam di Woodland Resort. Kami menikmati makan malam di ‘BotHouse’. Selepas itu,saya berjalan-jalan untuk melihat suasana pada waktu malam. (Untuk sesiapa yang berminat untuk berjalan pada waktu malam, haruslah memberitahu pemandu pelancong terlebih dahulu.) Pakej aktiviti malam yang disediakan ialah berjalan pada waktu malam (Night Walk) dan pakej Malam Safari.Saya bermalam di Woodland Resort ( 3 Bintang).
Hari 2: Setelah menjamu sarapan pagi, kami bertolak dari Woodland Resort dan menaiki feri seterusnya ke Taman Negara. Setelah mendaftar, kami berjalan menyusuri kanopi iaitu yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Di sini,kami dapat melihat keindahan alam flora dan fauna. Kami kembali ke resort dan menikmati makan tengahari di atas perahu. Selepas itu,kami menaiki bot untuk melawat penempatan Orang Asli. Di situ,saya berpeluang melihat demostrasi ‘blowpipe’, belajar cara menghidupkan api dan belajar mendekati kehidupan Orang Asli. Selepas itu kami membuat aktiviti “rapid shooting”. Kembali semula ke Woodland Resort lewat petang dan bermalam disana.
Hari 3:Pada pagi ini setelah menjamu sarapan pagi,kami balik semula ke Kuala Lumpur kira-kira jam 8pagi. Tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 3 petang.
Harga yang saya telah dapat daripada agensi pelancongan ini sangat berpatutan dan harganya termasuklah pembiayaan pengangkutan pergi dan balik,penempatan kediaman di Woodland Resort,sarapan pagi,upah pemandu pelancong ,perjalanan ‘canopy walk’,perjalanan ke penempatan Orang Asli dan kos aktiviti “Rapid Shooting”.
Pakej ini hanya ditawarkan dari 15-01-2011 hingga 30-01-2011 sahaja.
Harga dewasa: RM 699.00
Harga Kanak-kanak: RM 559.00
Untuk keterangan segera bagi tempahan ini:
Tropical Adventure Tour & Travel Sdn. Bhd
+6 016- 412 3304 ( Ms.Cindy/Sandy)
Emel : cutiborneo2@yahoo.com
Alamat: Lot 906, No 12, Ground Floor, Soon Hup Tower shopping complex, jalan Merbau, 98000, Miri, Sarawak, Malaysia
Alamat Sesawang : http://www.borneotropicaladventures.com

