Pakej Honeymoon 3 Hari 2 Malam ke Kuching, Sarawak

Kini Kuching bukan sahaja menjadi destinasi untuk membeli-belah dan bersiar-siar, anda juga boleh berbulan madu di sana. Kuching, Sarawak menjemput anda untuk menikmati keindahan bandar ini dengan orang yang tersayang. Kedatangan anda amat dialu-alukan. Pakej percutian khas untuk pasangan “honeymoon” ini pasti dapat memberikan anda memori yang akan kekal untuk seumur hidup.

Sampan berlatarkan bangunan Dewan Undangan Negeri

Sampan berlatarkan bangunan Dewan Undangan Negeri

Setibanya anda di Kuching, pemandu pelancong akan menjemput anda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan hadiah sebagai tanda tahniah dari pihak kami atas perkahwinan anda. Anda akan dibawa ke Abell Hotel untuk mendaftar masuk dan seterusnya anda memulakan lawatan ke bandar. Di sini, akan akan berpeluang melawat Tokong Tua Pek Kong, Astana, Dewan Undangan Negeri, Dewan Suarah, Muzium Sarawak, Muzium Kucing, Bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara, Monumen Kuching, Kuching Waterfront, Main Bazaar, Masjid Lama Kuching dan lain-lain lagi. Bangunan-bangunan lama di Kuching mempunyai identiti yang tersendiri dan kebanyakan bangunan di pusat bandar ini telah dibina sejak pemerintahan Rajah Putih Sarawak.

Bilik di Abell Hotel Kuching

Bilik di Abell Hotel Kuching

Selepas puas melawat bandar Kuching, anda akan dibawa menaiki “Love Boat” yang romantis selama 1 jam untuk menikmati pemandangan indah di sepanjang Sungai Sarawak sambil menikmati makanan dan minuman petang yang disediakan di dalam sampan ini. Anda pasti akan terpegun dengan hiasan sampan yang indah digandingkan dengan pemandangan bandar Kuching dari sungai ini.

Astana Kuching, kediaman Rajah Putih Sarawak suatu ketika dahulu

Astana Kuching, kediaman Rajah Putih Sarawak suatu ketika dahulu

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menjamu selera di Topspot Food Court untuk menikmati makanan laut yang enak dan menyelerakan. Restoran ini merupakan tempat wajib untuk dikunjungi kerana terdapat pelbagai gerai yang menjual makanan laut dan makanan tempatan yang sukar didapati di tempat lain dengan harga yang berpatutan. Antara juadah yang biasa dipesan oleh pengunjung ialah Oyster Pancake atau dalam bahasa cina ia dikenali sebagai “Orh Chien” yang rangup dan enak dibuat daripada tiram, tepung dan telur, Udang Masak Mentega Nestum; udang yang digoreng menggunakan mentega dan disaluti Nestum, Sayur paku pakis yang dikenali sebagai midin yang hanya terdapat di Sarawak yang digoreng dengan belacan dan dikenali sebagai Midin Belacan, Ambal Masak Kicap dan lain-lain.

Pelbagai pilihan makanan yang terdapat di Topspot Food Court, Kuching

Pelbagai pilihan makanan yang terdapat di Topspot Food Court, Kuching

Sekembalinya anda di hotel, anda pasti akan terpesona dengan hiasan khas untuk pasangan berbulan madu yang telah disediakan oleh pihak hotel.

Pada hari seterusnya, anda akan dibawa ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh selepas sarapan dan daftar keluar dari hotel. Anda berpeluang untuk melihat orang utan yang tinggal bebas di kawasan ini.

Orang utan yang terdapat di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Orang utan yang terdapat di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Kemudian, anda akan dibawa ke Damai Beach Resort yang bertaraf 4 bintang yang terletak di Santubong. Setelah mendaftar masuk, anda bebas untuk melakukan aktiviti masing-masing. Anda boleh ke Damai Central yang terletak bersebelahan dengan hotel ini dengan berjalan kaki untuk beriadah atau mengunjungi restoran-restoran di sini. Kampung Budaya Sarawak juga terletak tidak jauh dari Damai Beach Resort ini. Jika anda berminat untuk mengetahui budaya-budaya yang terdapat di Sarawak, anda digalakkan untuk melawat kampung ini dan alamilah sendiri cara hidup masyarakat di Sarawak.

Salah sebuah rumah yang terdapat di Kampung Budaya Sarawak

Salah sebuah rumah yang terdapat di Kampung Budaya Sarawak

Hari terakhir di Kuching, anda bebas melakukan aktiviti sendiri sehingga masa yang ditetapkan untuk mendaftar keluar. Dari Damai Beach Resort, perjalanan ke lapangan terbang mengambil masa selama kira-kira 1 jam.

Jadi, adakah anda tertarik dengan pakej bulan madu yang telah disediakan ini? Kuching pasti menjanjikan kepuasan buat anda dan pasangan anda. Di bandar yang bersih dan indah ini, anda tentu akan membawa ingatan yang manis dari Kuching untuk dibawa pulang. Tidak lupa, cenderamata dan kek lapis buat teman-teman.

Patung Kucing yang terletak di tengah-tengah bandar Kuching

Kuching mengalu-alukan kedatangan anda dengan tangan terbuka!

Jika anda berminat untuk menempah pakej honeymoon ini, sila lawati http://www.sarawakborneotour.com/p/150/honeymoon-kuching-3-days-2-nights.

About cuti fan

Hi, We are a team of fun loving people wanting to provide you with a great holiday in Sabah and Sarawak and beyond. Come chat with us! Cuti Fan

2 Comments

  1. Rathy Balakrishnan

    Hw much this honeymoon package?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check your Maths IQ: *