Pakej Percutian Kuching Sarawak 4 Hari 3 Malam

Jika anda sedang merancang untuk melawat Kuching dalam masa 4 hari 3 malam, pakej percutian Kuching Sarawak kami adalah jawapan kepada segala pencarian anda.

Kepelbagaian kaum dan etnik di Sarawak merupakan faktor utama Sarawak menjadi pilihan pelancong dari serata dunia. Malah, Kuching telah diisytiharkan sebagai ‘City of Unity’ dan merupakan bandar pertama yang mendapat gelaran sedemikian di Malaysia. Di ibu negeri Sarawak ini, anda boleh melawati pelbagai tempat menarik dan kebanyakan tempat ini boleh anda lawati dalam masa empat hari sahaja.

Berikut merupakan itinerari yang kami cadangkan.

Pada hari pertama, sejurus ketibaan anda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, anda akan dijemput oleh pemandu pelancong. Anda akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan boleh berehat sebentar. Kemudian, pada sebelah petang, anda akan menaiki sampan untuk menyusuri Sungai Sarawak selama 1 jam. Di sepanjang sungai, anda dapat melihat Kampung Gersik, Fort Margherita, Dewan Undangan Negeri, Astana dan sebagainya. Untuk makan malam, anda akan dibawa ke TopSpot Seafood Food Court. Kebiasaannya, hidangan yang menjadi pilihan pengunjung adalah udang mentega (butter prawn), oyster pancake, ketam lembut bersama telur masin (soft shell crab with salted egg) dan umai. Selepas itu, anda akan kembali ke hotel untuk berehat.

Sampan Boat Cruise

Sampan Boat Cruise

Selepas sarapan pada hari kedua, anda akan dibawa ke Kampung Budaya Sarawak. Di Kampung Budaya ini, anda boleh melihat pelbagai etnik di Sarawak seperti Iban, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu dan Penan. Pada pukul 11, anda akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan yang mengambil masa kira-kira 45 minit.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

orang ulu

Selepas makan tengah hari, anda akan dibawa ke Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh untuk melihat orang utan yang hidup bebas di sini. Kemudian, anda akan melawat kilang pasu dan anda boleh melihat mereka membuat pasu malah anda boleh mencuba untuk membuat pasu anda sendiri. Untuk makan malam, pemandu pelancong akan membawa anda ke restoran berdekatan untuk menjamu selera sebelum kembali ke hotel untuk berehat.

Orang utan di Semenggoh

Orang utan di Semenggoh

Pada hari ketiga, anda akan dibawa ke Serikin. Pasar Serikin hanya dibuka pada hujung minggu, dan untuk ke sana, perjalanan dari bandar Kuching memakan masa selama 1 jam 30 minit. Pasar Serikin terkenal dengan barangan cenderamata dan perabot yang diperbuat daripada rotan, baju, kain telekung, makanan ringan, makanan basah dan macam-macam lagi. Barangan yang dijual di sini agak murah berbanding barangan yang dijual di bandar Kuching kerana kebanyakan barangan dijual oleh penjual dari sempadan Kalimantan.

Pasar Serikin

Pasar Serikin

Pada sebelah petang, anda akan melawat Pasar Tamu Kubah Ria untuk membeli ikan terubok dan pelbagai barangan lain yang terdapat di sana. Kemudian, anda akan ke Kampung Gersik yang terletak di seberang sungai untuk membeli kek lapis. Di kampung ini, terdapat beberapa kedai kek lapis dan anda bebas untuk membeli dari mana-mana kedai mengikut selera anda.

Selepas itu, kembali ke hotel. Untuk makan malam, anda boleh mengunjungi kedai makanan yang berdekatan.

Pada hari keempat, anda akan dibawa bersiar-siar di bandar Kuching. Anda akan melawat Astana, Dewan Undangan Negeri, Dewan Suarah, Muzium Sarawak, Muzium Kucing, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Masjid Lama Kuching dan banyak lagi. Anda juga akan bersiar-siar di Waterfront dan Main Bazaar untuk membeli cenderamata.

Kemudian, anda akan ke hotel untuk daftar keluar. Selepas itu, anda akan dibawa untuk makan tengah hari sebelum berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Pakej ini termasuk penginapan 4 hari 3 malam di Grand Supreme Hotel beserta sarapan, bayaran masuk untuk Sampan River Cruise, Kampung Budaya Sarawak, Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh, pengangkutan, pemandu/pemandu pelancong, makanan (seperti dalam itinerari)

Jika anda berminat untuk menempah pakej ini, sila hubungi kami di 016-4123 304 atau emel kepada cutiborneo@yahoo.com.

About cuti fan

Hi, We are a team of fun loving people wanting to provide you with a great holiday in Sabah and Sarawak and beyond. Come chat with us! Cuti Fan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check your Maths IQ: *