Pakej Percutian Sabah 3 hari 2 malam

Sabah merupakan salah satu destinasi percutian yang terkenal di Malaysia. Negeri di Bawah Bayu ini bukan sahaja terkenal dengan pulau-pulau yang indah, malah kehijauan flora di negeri ini juga menjadikannya tarikan pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara.

Di sini, kami ingin memperkenalkan salah satu pakej percutian ke Sabah. Dalam masa 3 hari 2 malam, anda boleh melawat tempat-tempat menarik di Sabah, sama ada gunung, pulau dan tempat tarikan pelancong yang lain.

Sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, anda akan dijemput oleh pemandu pelancong kami. Kemudian, anda akan dibawa melawat Muzium Negeri Sabah yang dibina pada tahun 1985. Muzium ini dibina berdasarkan senibina rumah panjang masyarakat Rungus.

Destinasi seterusnya ialah Kuil Puh Toh Tze yang terletak di Jalan Tuaran, Wisma Tun Mustapha yang terletak di Likas dan Masjid Negeri. Selepas itu, anda akan dibawa ke Pasar Kraftangan di Kota Kinabalu. Di sini, anda dapat melihat pelbagai jenis kraftangan yang diperbuat daripada rotan, manik, mutiara dan ukiran kayu. Selain itu, anda juga boleh membeli kain batik, T-shirt dan kerongsang dengan harga yang murah dan berpatutan di sini.

Selepas seharian berjalan-jalan di Kota Kinabalu, anda akan dibawa ke Sabah Oriental Hotel yang bertaraf 4 bintang untuk berehat dan bermalam.

Keesokan harinya, selepas sarapan, pemandu pelancong kami akan menjemput anda di lobi hotel pada pukul 8:00 pagi dan anda akan memulakan perjalanan untuk ke Taman Negara Kinabalu. Perjalanan ke taman negara mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dalam perjalanan, anda akan singgah sebentar di Pekan Nabalu untuk makan tengah hari dan membeli cenderamata sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Kinabalu.

Sumpiton, one of the souvenir at Nabalu Market

Sumpiton, one of the souvenir at Nabalu Market

Taman Negara Kinabalu merupakan salah satu tapak warisan UNESCO. Anda boleh melawat Taman Botanika dan melihat pelbagai jenis flora seperti periuk kera, orkid, paku pakis dan sebagainya.

Kemudian, anda melawat Kolam Air Panas Poring. Nikmati keindahan alam di sekitar kawasan Poring dengan berjalan di atas titian kanopi (canopy walk) yang tergantung di 100 hingga 200 kaki dari aras tanah. Selepas penat berjalan, anda boleh mandi di kolam renang terbuka di Poring. Kolam air panas ini terkenal dengan kandungan galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Anda akan kembali ke Kota Kinabalu pada sebelah petang.

Take a dip at Poring Hot Spring

Take a dip at Poring Hot Spring

Pada hari ketiga, anda akan dibawa melawat Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Selepas sarapan, pemandu pelancong akan menjemput anda di lobi hotel pada pukul 8:30 pagi dan anda akan dibawa ke Jeti Sutera Harbour untuk menaiki bot ke Pulau Manukan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sana seperti Jet ski, banana boat dan parasailing (**Kesemua aktiviti yang dinyatakan tidak termasuk dalam pakej). Anda boleh berurusan secara terus dengan penganjur aktiviti air di pulau tersebut untuk mencuba aktiviti-aktiviti ini.

Manukan Island

Manukan Island

Pada pukul 12:00 tengah hari, anda akan ke Pulau Sapi. Di pulau ini, anda berpeluang untuk melihat biawak (Komodo Dragons) yang berkeliaran. Selain itu, anda boleh mencuba Scuba-Doo, sejenis kapal selam mini yang membolehkan anda berjalan di dalam air tanpa perlu risau dengan masalah kekurangan udara. (**Scuba-Doo tidak termasuk dalam pakej).

Anda akan kembali ke Kota Kinabalu pada sebelah petang sebelum ke hotel untuk daftar keluar. Kemudian, pemandu akan membawa anda ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Pakej di atas termasuk penginapan di Sabah Oriental Hotel yang bertaraf 4 bintang beserta sarapan, bayaran masuk ke Taman Negara Kinabalu, bayaran masuk ke Kolam Air Panas Poring dan Canopy Walk, pengangkutan, makanan seperti yang dinyatakan dan pemandu pelancong.

Untuk menempah pakej ini, sila hubungi kami di 016-4123  304 atau emelkan pertanyaan anda di cutiborneo@yahoo.com.

About cuti fan

Hi, We are a team of fun loving people wanting to provide you with a great holiday in Sabah and Sarawak and beyond. Come chat with us! Cuti Fan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check your Maths IQ: *