«

»

Jul
09

Pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu adalah tarikan pelancong utama di rantau Sabah, Borneo dan terletak di tengah-tengah Taman Negara Kinabalu, Sabah. Untuk mendaki atau menuruni dari puncak Gunung Kinabalu adalah tidak mudah dan mengambil masa dua atau tiga hari bergantung kepada cuaca dan tahap kecerdasan pendaki. Walaupun agak sukar tetapi pengunjung dari luar dan dalam negara tetap menyahut cabaran untuk melalui trek ke puncak.

Puncak Gunung Kinabalu, Sabah Borneo Malaysia

Walaupun agak sukar tetapi pengunjung dari luar dan dalam negara tetap menyahut cabaran untuk melalui trek ke puncak Gunung Kinabalu, Sabah

Gunug Kinabalu adalah puncak tertinggi di Asia Tenggara, dan ia mengajak para pendaki untuk menyahut cabaran menaiki puncaknya. Berdiri setinggi 4,095.2 meter, terdapat dua laluan yang membolehkan para pendaki menuju ke puncaknya iaitu Timpohon dan Mesilau. Laluan Timpohon adalah laluan yang lebih mudah berbanding Mesilau.

Mount Kinabalu Trail Map - via mesilau

Laluan Mesilau dan Timpohon ke Puncak Gunung Kinabalu, Sabah

Tetapi bagi pendaki Gunung Kinabalu, walaupun terpaksa menahan penat lelah namun mereka pasti akan berpuas hati apabila berjaya menaiki puncak dan melihat pemandangan yang amat menakjubkan di mana matahari terbit di ufuk puncak. Pada hari yang cerah anda boleh melihat kepulauan Fililipina dari jauh tetapi biasanya kabus amat tebal pada waktu pagi.

Matahari terbenam di Puncak Gunung Kinabalu, Sabah

Pemandangan matahari terbenam di Puncak Gunung Kinabalu, Sabah

Selain menempatkan gunung tertinggi di Borneo, Taman Negara Kinabalu juga adalah syurga bagi pengemar-pengemar bunga. Dikelilingi hutan menghijau, Taman Negara Kinabalu menempatkan pelbagai flora dan fauna kepulauan Borneo yang amat meluas. Taman Negara Kinabalu juga mempunyai pelbagai spesis periuk kera yang terbesar di dunia. Di sekitar taman terdapat juga tempat-tempat menarik yang lain seperti Taman Peringatan Perang Kundasang dan pasar malam Ranau.

Selepas anda berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu anda boleh berehat dengan berendam di Kolam Air Panas Poring. Salah satu bahagian daripada Taman Negara Kinabalu, Kolam Air Panas Poring adalah satu tempat paling popular di kalangan pengunjung tempatan. TerletakĀ  43 kilometer dari markas taman dan dikelilingi hutan hijau yang tenang, terdapat kolam konkrit dan tab mandi dengan air panas sulfur di Kolam Air Panas Poring.

Kolam Air Panas Poring

Kolam Air Panas Poring

Jika anda mencari percutian yang ideal tetapi inginkan cabaran, pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara adalah amat sesuai dan anda pasti akan berpuas hati.

Adalah disarankan individu yang akan mendaki Gunung Kinabalu menjalankan pemeriksaan perubatan sebelum pendakian .Jika anda mempunya sejarah perubatan penyakit dibawah, anda amat tidak digalakkan peneruskan pendakian ini: Hypertension, Diabetes, Palpitation, Arthritis, Heart disease, severe anemia, Peptic ulcers, Epileptic fits, Obesity (overweight), Chronic asthma, Muscular cramps, Hepatitis (jaundice); atau penyakit lain yang akan memberi kesan kepada pendakian.

Pendakian Gunung Kinabalu merupakan pendakian sekali dalam seumur hidup bagi sesetengah orang, oleh itu persediaan rapi amatlah disyorkan sebelum melakukan pendakian. Dapatkan maklumat yang lengkap dan jadual persedian yang secukupnya dan anda akan dapat mencapai puncak Gunung Kinabalu tanpa sebarang masalah.

Jika anda berminat untuk menyahut cabaran ini sila click di sini untuk maklumat lanjut atau emelkan sebarang pertanyaan ke: Cutiborneo@yahoo.com

http://cuti-cutimalaysia.net/mt-kinabalu-package/

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7 × = seven

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>