Sekawanan kelawar berterbangan keluar dari salah satu gua yang terdapat di Taman Negara Mulu. Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Ia juga merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar and burung Layang-layang.
Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sessuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.
Saya tinggal di salah satu rumah tumpangan kayu dan ia merupakan satu pengalaman yang sungguh indah apabila diam dekat dengan kawasan hutan. Kawasan yang tiada dilimpahi oleh cahaya lampu jalan dan hanya mendengar serangga dan burung berkicauan pada waktu malam. Kehidupan di sini amatlah jauh dari kesibukkan bandaraya yang sentiasa hingar-bingar dengan bunyi kereta dan macam-macam lagi. Kesunyian disini membuatkan saya berfikir hanya saya satu-satunya manusia yang mendiami tempat ini.
Keesokkan harinya kami dibawa ke Gua Rusa. Gua tersebut sangat gelap dan suram. Hanya suara pemandu pelancong yang kedengaran yang mengingatkan kami agar berhati-hati untuk setiap langkah dan berjaga-jaga agar tidak menyentuh sesuka hati. Tetapi,konstrasi saya bukanlah pada pemandu pelancong tersebut yang menceritakan kisah gua itu. Sebaliknya saya bermegah akan kesungguhannya yang menjadikan diri pemandu pelacong sebagai karier hidupnya.
Gua Air Jerneh, nama diberi. Ia sesuai dengan namanya kerana airnya sangat jernih dan seperti Kristal berkilauan. Seakan-akan teringin untuk membasahkan diri di sungai tersebut tetapi saya membatalkan niat disebabkan ia adalah musim hujan dan paras air meningkat serta merbahaya.Ianya adalah musim hujan ketika saya melawat ke Taman Negara Mulu. Dalam perjalanan balik ke rumah tumpangan yang mengambil masa 30 hingga 45 minit berjalan kaki. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi. Tiada tempat perteduhan dan saya masih meneruskan perjalanan untuk sekian kalinya. Di dalam hati saya menyatakan betapa bertuahnya jika saya mempunyai payung pada ketika ini.
Hujan berhenti ketika saya mendekati rumah tumpangan. Pada ketika itu saya melihat satu cahaya kecil berterbangan di awangan. Kelip-kelip! Sungguh indah apabila ia bersinar melintasi pada saat selepas hujan turun.Pengalaman yang saya alami ini saya rekomenkan anda datang dan mengalaminya sendiri di Taman Negara Mulu,Sarawak. Tiada keraguan. Jika anda merupakan orang menyukai alam,datanglah!














Inquiries from Happy Tourists